<

Empat tahun hubungan persahabatan ini terjalin, dan di sebaliknya, bibit bibit cinta sentiasa tersulam sehingga satu tempoh dimana tiada lagi perasaan itu dibaja dengan kepercayaan dan kasih sayang sejati hingga timbul satu konflik dimana tiada lagi nama itu di dalam sebuah hati ini.

Saat ini segala janji-janji dulu terasa seperti akan dipijak-pijak, entah bila akan terkota dan entah bila pula segala kesakitan di atas perpisahan akan terpadam. doa dan solat sudah berjela, namun hati masih terasa sakitnya kehilangan sebuah cinta yang dirasakan sejati. tiada lagi dua atau tiga. cuma dia satu-satunya.

Akhirnya dia menjadi milik dia. dan dia sudah hilang arah dan makna untuk melangkah dimana sebelum ini tujuan dia cuma untuk hidup dengan dia. malamnya gelap gelita tanpa cahaya, dan siangnya terasa seperti malam-malam sebelumnya. pada dia tiada mampu lagi hidup ini diteruskan kerana dia sudah hilang dari sisinya. berjuta-juta salah dilemparkan pada dirinya sendiri kerana perpisahan itu.

cuba dan cuba lagi untuk dia lupakan dia. dia cuba juga walau sakitnya tak terkira apabila yang dekat itu terasa begitu jauh. dia cuba juga walau senyuman dia kini bukan untuk dia tetapi untuk dia. sakitnya memendam sebuah rasa, sebuah luka yang sungguh sukar ditelan dan dilupakan. adakah dia sedar? adakah dia faham? adakah dia mengerti? adakah??????!!! beritahulah! dia mahu tahu. dia mahu tau!!

p/s: ya.. sungguh. dia mengerti. tak mampu untuk dia berkata apa-apa kerana perasaan itu sudah hilang. yang tinggal hanya rasanya sebagai si peneman setia, atas segala kesalahan kesalahannya melukakan, dan membiarkan dia menangis.

dan dia tertanya, adakah dia tau?

August 23rd, 2009 at 2:10 pm


One Response to “four years..”
  1. 1
      bejahnz says:

    haih..
    jiwang memanjang..
    hahak..