Kalau aku masih punya kekuatan itu untuk mengatakan
yang aku masih lagi berdiri di sini kerana cinta
Pasti sudah ku berada dengan bangga dihadapan kau
Sekadar menunggu kau menggapai tangan kecil ini..
Kesedihan hati tetap juga sebuah kesedihan hati..
Perlukah untuk aku ganti dengan senyuman palsu di setiap hari-hari?
Sungguh dia mampu tersenyum melihat kesedihan hati aku
Sungguh dia terasa menang melihat cuma aku berdiam tanpa kata dan membiarkan..
Hati ku parah, aku mengaku segalanya terasa menikam jiwa..
Kekuatan ku hanya pada sebuah sejadah dan sebuah kitab
mendengar hanya alunan-alunan dari kitab itu sebagai pengganti hatiku yang sebak dan terluka..
air mata aku takkan pernah berhenti daripada mengalir mengenangkan dia
hati aku takkan berhenti sakit melihatkan dia
dan sekelumit benci mampu membuatkan aku dirasuki syaitan untuk lebih membenci..
dan aku benci kebencian itu..
Aku cuma mahukan ketenangan..
dan ku Mohon pada Mu..hanya pada Mu.. berikanlah ketenangan itu..
Biarlah dia bahagia, dengan deritaku.. Namun berikanlah ketenangan itu, untuk insan kerdil ini meneruskan sebuah hidup yang terluka..




sedihnya..terkenang kisah lama
August 14, 2009 @ 4:07 amtapi kakakku sayang, sama2la kita ingat dgn ujian lah kita jadi lebih tabah dan dekat dgnNYA..
Jgn simpankan perasaan itu……ekspreskan….. jika tidak luka terhiris hati itu masih lagi menjadi kenangan.
September 3, 2009 @ 11:52 pmthanks for all the support from you all =)
September 9, 2009 @ 1:46 pm