Mula-mula ingat nak tolak daripada AJK Raudhah, tapi bila dah ambil jawatan ni, aku rasa sangat seronok dan bersyukur pula. Perkara pertama yang disyukurkan tu ialah, aku dapat bergaul dengan sahabat2 yang aku rindu dan lama tak jumpa, kenal sahabat2 yang baru yang semuanya baik-baik belaka, dan kenal kenalan-kenalan baru. =)
Perkara seterusnya yang disyukurkan sangat tu ialah, satu program IFtar Jamaie dalam Raudhah, kat mana time tu aku dapat pergi sendiri dengan pengarah program dan beberapa orang kuat ke rumah anak yatim di tamn baiduri dengkil. Tak dapat lupa bila tengok kasih sayang yang warga canselor tunjukkan pada anak2 ni, especially abg bad, pengarah, zubaidi, k.anum, fazrin, dan k.juma pada mereka. hati aku jadi sangat tenang bila dapat usap lembut budak2 tu.. =)
walaupun pada hari tu aku terasa seolah sedih dengan sesuatu yang terjadi, hati aku cepat2 dipulihkan kembali dengan senyuman2 mereka. imbas balik, waktu solat tarawikh dan witir dengan mereka, bila salah seorang tu jadi imam dan membacakan ayat2 alquran, aku jadi sangat kagum. hampir menitik air mata ni mendengarnya.. salute pada mereka. =)
Indahnya iftar jamie, merapatkan yang renggang. mendekatkan jurang, membuatkan kita kenal pada orang2 yang sebelum ni mungkin kita sekadar tak ambil peduli. Rupanya di sekeliling ni, masih lagi ada yang begitu ikhlas dan begitu penyayang. dan aku dah nampak setiap keikhlasan daripada muka-muka itu.
Terima kasih kerana memberi kesedaran tentang kasih sayang dan cinta yang sebenar. =)



