<

Lagi sehari lagi.. untuk diumumkan raya. disini pula, aku gementar untuk melihat senyuman ikhlas dan sayang ayahanda dan bondaku..

Terlalu banyak yang terjadi sejak akhir-akhir ini, dan aku mendoakan agar segalanya sentiasa baik-baik saja.. hidup sememangnya tidak selalunya indah. kadang-kadang pastinya seorang insan itu bersedih, dan ada waktunya juga dia akan tersenyum gembira dan bahagia.

Raya kali ini kuharapkan semoga saudara maraku ada merayakan bersama-sama. semoga yang jauh didekatkan. yang dekat dirapatkan.. yang rapat itu dapat diutuhkan. semoga kemudiannya suasana ini dapat membangkitkan kebahagian dihati nenda..

Bagi sahabat handai yang mungkin tidak dapat balik merayakan hari raya bersama keluarga, sabarlah.. =) jangan menangis dan bersedih, kerana keluarga pastinya sangat merindui anda juga.. mendoakan dari jauh kebahagiaan kita..

Ramadhan membangkitkan keinsafan yang ketara di dalam diri ini. begitu juga syawal yang bakal menjelma. selepas ini tugasan pastinya akan disiapkan tanpa jemu. terasa dunia begitu indah dengan kehadiran orang-orang tersayang yang sentiasa menyokong dan menyayangi kita tanpa menghakimi.

Salam Aidil fitri teman-teman sekelian.. semoga kali ini, senyuman kebahagian terukir di setiap bibir manis anda semua.. maaf zahir dan batin.. =)

September 18th, 2009 at 1:35 pm