Penat dah berubat, akhirnya jumpa seorang ustaz yang boleh merawat apa yang ada di dalam badan ini. peninggalan orang dulu-dulu, pada satu keluarga besar. segala-galanya terasa macam sebuah mimpi ngeri bila diri sendiri rasa apa yang pernah sebelum ni dilihat di kaca tv, atau sewaktu atuk merawat orang yang sakit2 d rumah..
Bila kena, diri rasa seakan rimas, bahu terasa berat, kepala terasa sakit, tangan dan kaki pasti akan lenguh dan kebas walaupun tidak ditindan2 dengan sebarang apa pun.. peristiwa yang kali kedua melanda diri sudah cukup membuatkan ku fobia. namun disebalik semua itu ku percaya pada segala hikmah. Allah menguji hambaNya dengan ujian yang pastinya boleh dilalui.. Mungkin iman ku belum cukup tebal, hatiku belum cukup suci, dadaku masih hitam dek saki baki dosa..
Mungkin juga aku diuji sehebat ini untuk melihat kekuatan ku dari segi emosi. cukup la dengan gosip2 hangat orang2 yang aku kenali terhadap keluargaku. terpikir juga bila mereka mahu berhenti. nak tambah dosa aku okay saja. tapi ingat apa yang mereka lakukan pastinya ada sebuah roda dan timbangan yang pasti akan semakin berat ke kiri dan berpusing pada diri sendiri.
Cukup juga dengan segala -gala penulisan penulisan dan percakapan-percakapan tu aku sudah terlampau terluka. disebalik ku inginkan dan ku doakan semoga sedikit awan cerah di atas kepala, saat itu sedih menghambat.
gembiralah hati mereka yang selama ini inginkan ku jatuh terjelepok dan berairmata.
gembiralah hati mereka yang melihat kesusahanku dengan senyuman sinis.
terima kasih saja mampu ku ucapkan. memang selepas ini, takkan sekali kali aku percaya lagi pada mereka-mereka ini. cukup sekadar itu, dah cukup mengajar aku yang mana sahabat sebenar, yang mana pula berpura2 .
Ustaz kata, hati aku sudah sakit jiwa dengan bebanan. mungkin aku akan ke hospital sakit jiwa sekiranya hatiku tak terawat dan aku biarkan terluka. terima kasih pada sahabat2 yang menyokong, mendoakan, tak putus2 untuk diri ini.
Aku juga akan berusaha untuk keluar dari belenggu mistik, bukan kerana aku tidak mempercayainya, tetapi kerana aku tahu, aku tidak mampu untuk terus berkeadaan begini. aku pasti akan berusaha. usaha. dan usaha.



