
Buat pertama kalinya aku letakkan cerita seorang yang penting dalam hidup aku di ruangan blog ini..
Seorang sahabat yang sentiasa menyokong aku dari belakang sejak 2 tahun usia perkenalan kami..
Seorang yang sentiasa memberikan semangat dan membuatkan minat aku terhadap seni sentiasa membuak-buak..
Sentiasa memberikan kata-kata peransang untuk aku dapat deans list tiap-tiap semester walau sesusah mana pun..
Seorang yang tak pernah menghukum aku dan sentiasa melihat kebaikan aku walau berjuta orang pun berkata buruk terhadap aku di depan dia..
Seorang yang sentiasa bertanya untuk mencari satu jawapan pasti tentang sebuah kehidupan..
Seorang yang menyayangi aku tanpa satu sebab pun, hanya sayang..
Seorang yang sanggup mempertahankan aku daripada apa sahaja, dan sentiasa membuat aku ketawa sampai aku rasa sangat bahagia mendapat seorang sahabat baik seperti dia..
Dear Allah…
Thank you for sending this friend to me.. Thank you for listened to my prayer.. Thank you for giving me the best friendship ever during my college times.. Thank you so much for the innocent heart of him that always forgive many person even though he hurt so much with them..
Dear Allah…
Thank you so much..
Ehem.. Terdapat 10 pengakuan yang perlu di terus terangkan di sini mengenai diri saya.
1. Saya sangat suka makan dan berat badan dah naik sekarang.
2. Saya nak sangat tahu markah latihan praktikal saya tapi masih lagi tak dapat-dapat.
3. Saya tahu exam labor law 6 Ogos ni tapi saya masih tak dapat fokus study pun sekarang sebab selsema batuk dan demam
4. Saya sudah dipunyai =) oleh seseorang yang sangat baik hati
5. Saya berada di rumah sekarang kerana U saya dijangkiti virus H1N1
6. Saya nak sangat jadi slim tapi tak tau macam mana nak slim dalam tempoh yang sekejap
7. Saya paling suka subjek Pembangunan Masyarakat yang diajar Prof Maimunah Ismail kat UPM
8. Saya rasa diri saya lemah dan selalu dipersalahkan tiap kali ada perkara buruk yang jadi pada orang yang dekat dengan saya.
9. Saya nak sangat mengaku satu perkara tapi sangat susah untuk saya mengaku koz saya tau bila saya mengaku maka bom jangka akan meletup
10. Tapi..pedulik pe, gtau je la kan? =D
Hari-hari rasa sangat sunyi dan sepi..
Dah rasa takut nak buat apa-apa lagi..
Sayang semua perasaan yang ada tu..
Tak mungkin akan kekal
dan lama ia menghilang..
dan ianya sangat menyakitkan..
Dan aku sangat mengharap
agar kalau boleh
tolongla..
Berikan aku satu ruang..
untuk aku muhasabah..
Dan jatuh cinta..
Masih lagi jari lantas menekan-nekan pantas papan kekunci. Mata leka memerhatikan skrin komputer. Sesekali dibelek kertas-kertas dan helaian buku yang ada. Tanpa peduli lagi akan segala yang terjadi disekeliling.
Namun bahu dicuit sebentar. Terpana bila memandang. Tangan ditarik masuk ke bilik. Begitu ramai di hadapan tersenyum. Yang Dipertua turut ada tersenyum penuh makna. Berdirinya aku di situ. Diraikan kerana jasa baikku. Diraikan kerana hasil kerja ku. Diraikan kerana ketabahan dan usahaku mengharungi pahit ranjau atas tugas-tugas ku disini.
Ku lihat sekeliling.Begitu murah senyumannya. Aku menjadi tumpuan. Makanan santapan terhidang menyelerakan. kami makan dan bergurau sendaan. dan aku? entah apa yang kutelan. Terasa seperti sama. Tiada apa yang istimewa.. Hati ku dipagut rasa sedih.. tak ingin ku meninggalkan mereka..Tak.. Tak mahu..
Apa sahaja selepas ini.. aku tahu kini dimana akan ku tancapkan diriku. Di mana kaki ini akan melangkah ke destinasi yang sudah kutuju. Dengan nama MU dan dengan Izin MU ku pasti akan sampai juga…
Buat sahabat seperjuangan..
Buat kenalan dan handai ku..
Terima kasih..
She ran and ran and ran like never stop. She knew something was chasing her and she is afraid of it so much. She stopped at the junction. Did not know which road to choose. She stood there for a while but for only a moment that thing would come even nearer, chasing her like she is the target.
She decided. She took the left road and ran and ran and ran..
She realised that the thing that kept chasing her was gone already… She sighed. For the first time, she realized that she is somewhere that she herself did not know where she is. She stopped. She looked around. Black…
She tried to find a way home.. But did’nt know which way she ran just now. Too many small roads made her confuse.
Who will safe her??
Who will safe her?
Who will be the savior?
Yes.. You are right. Only her could be the savior of herself. No one else.
Hai wak..
Not realizing that everything since 2 months ago are succesfully been through by me. Right now I am listening to Eric Clapton song, Tears in Heaven.. Today is dimmd, everything’s around me is dark. Raining all the way through.. KL looks gloomy.. So do my heart.
I wrote something in my log book for internship and once I my eyes kept on staring at the blank sheet in front of me, I barely stopped writing. I did not know what to write. I felt uneasy.. I reached my hand phone, and I felt hurt.
Right now the phone is ringing and ringing, but I refuse to pick that up. I know that will just hurting my heart. I am leaving, but I am thinking of something. Can I leave?
I miss you so much, and I don’t feel complete when you are not around supporting me. I feel so weak. And yes.. I admit, everything is not as the way I think it was. Right now I am alone, listening to old stuffs, slow music, that break my heart, admitting that I am hurt.
I promise to myself, to stop hurting my heart anymore, but my heart said to me that it will not care, as long as it get what it wants.. LOVE. I promise to my mind to not thinking of what happen to the relationship anymore, but well I can’t stop myself thinking, the mind want to.
Hate to say this, but yes…
It is completely over..
and I will never… ever…
again..
in my life..
Kepada: KAMU..
awak..
Hari ni saya telah ke Tasik Chini. Sekadar ke sana untuk menenangkan fikiran. Kepala saya rasa kurang sakit bila saya tinggalkan kesibukan kota yang bingit dengan bunyi kereta tu, berganti dengan bunyi cengkerik dan rimba yang sungguh mendamaikan..
Saya rindukan awak..
Saya ingat lagi, kali pertama saya dihadiahi dengan sekuntum bunga seri pagi yang sungguh indah. Warna ungu. warna kegemaran saya.. Cantik bunga tu walaupun selalu je saya nampak di sana sini.. Tak susah untuk menanam bunga ini kerana ianya tumbuh liar.. Awak cakap pada saya.. dalam banyak-banyak bunga, bunga kembang pagi paling sesuai untuk saya.. Kerana saya menyerikan hidup orang yang berada di sekeliling saya..
Awak berikan bunga ini, tanda terima kasih awak pada saya, kerana mewarnai hidup awak dengan cahaya yang selama ni awak tak pernah nampak. Ingat kali pertama awak pegang sejadah? Awak tanya saya.. Kenapa perlu solat… Saya diam sebentar.. Namun saya pandang wajah awak dengan penuh belas kasihan..
“Awak… ingat bunga kembang pagi yang awak berikan dulu di awal perkenalan kita? Bunga… Sememangnya akan kembang, tapi tak mungkin selama-lamanya.. Ia memang akan berseri tapi serinya takkan lama, bila malam, kelopak-kelopak bunga kuncup semula..”
Awak memandang saya dengan kerutan dahi yang seolah sukar menafsir maksud kata-kata saya..
“Begitu juga dengan hidup kita yang tak lama.. Pejam.. Celik… akhirnya usia kita pun akan bertambah.. Dia yang menciptakan dan memberikan kita peluang untuk setiap hari mengingatinya. Jika tidak esok, mungkin lusa.. Jika tidak lusa, mungkin keesokannya awak akan teringatkan Dia.. Apa gunanya kita hidup seperti bunga yang tiada serinya? Seri pada manusia adalah amalnya dan imannya.. Awak faham maksud saya….kan?”
Saya pandang lagi wajah awak penuh mengharap. Saya lihat awak termenung begitu lama, memandang jauh sambil membiarkan rambut awak disisir angin petang.. Saya diam juga.. Saya tahu, serba sedikit, kata-kata saya mengusik jiwa awak..dan fikiran awak.. untuk menilai..
“Apa ni?” kata awak pada saya bila saya menghulurkan bungkusan berwarna biru muda yang sungguh wangi kerana sebelum berikan kepada awak, saya percikkan bau minyak za’faron..
“Sejadah..”
Awak diam lagi.. Namun sejurus lepas bungkusan itu bertukar tangan.. dan awak buka bungkusan tersebut, mata awak bergelumang air mata.. saya tunduk, berpaling, dan meninggalkan awak.. Membiarkan segala keinsafan itu menerjah masuk ke lubuk hati awak..
5 tahun lepas peristiwa tersebut.. Kita berjumpa lagi.. Kali ini, situasi itu berlainan.. secara tidak sengaja kita bertembung di Kuala Lumpur City Centre, Menara Kembar yang megah antara yang tertinggi di dunia. Debaran dada saya sungguh kuat melihatkan perubahan raut wajah awak yang begitu tenang, begitu mendamaikan, dan begitu matang.. Senyuman awak boleh menghapuskan segala keresahan dan kesulitan, kerumitan hidup yang saya alami.. Kita bertukar nombor telefon.. dan akhirnya perkenalan kita semakin panjang..dan erat.. Kan wak?
Sekarang saya disini.. Di Tasik Chini… Tempat segala-galanya bermula.. Di mana seorang muslimah seperti saya telah mengubah awak dari seteruk-teruknya manusia yang tiada arah tuju, kepada insan yang mengabdikan cintanya kepada yang SATU..
Sekarang saya disini.. jauh dari kekusutan kota.. dan yang paling penting..
Dekat dengan awak.. yang sentiasa menggenggam tangan saya apabila kita berjalan.. dan menemani saya di mana-mana saya berada.. Saya.. sungguh bahagia..
Cinta saya pada awak..akan selama-lamanya mekar seperti bunga seri pagi..
Dan bersama-sama kita membina mahligai kebahagiaan dengan sebuah keinsafan mengingati cinta NYA yang tidak pernah putus untuk kita..
Awak…
Janji ya? Tunggu saya.. Di sana.. dengan tangan terbuka..
Saya sayangkan awak..
KEPADA: KAMU
Belum terlambat untuk saya ungkapkan perasaan saya pada awak sebelum saya pergi meninggalkan dunia ini. Masa saya sentiasa begini. Sentiasa cemburukan saya. juga tak pernah sedetik pun menunggu saya yang jalan terlalu perlahan menikmati kehidupan dunia ini.
Awak..
Kata awak, dunia ni bulat. Kerana bila kita naik di tempat tinggi, kita akan nampak seperti dunia ini sebuah hemisfera. Saya masih ingat waktu kita naik ke rumah api itu. Burung-burung camar berterbangan di sekeliling kita waktu awak menunjukkan pada saya segala bukti bahawa bumi kita sememangnya bulat. Pada waktu itu, saya cuma berumur 5 tahun dan awak sudahpun berumur 8 tahun. Kita turun dari tangga rumah api dan sebelum berpisah, awak kata pada saya, bumi memangnya bulat, begitu juga dengan hidup. Kat mana kadang-kadang saya akan sedih. Kadang-kadang saya akan gembira. Saya masih ingat kata-kata awak walaupun saya tak faham. Sehingga sekarang umur saya 20 tahun.
Meningkatnya umur, betul-betul menambahkan pengalaman saya, dan tanggapan saya pada bumi. Awak tahu? Saya percaya sekarang! Bumi sememangnya bulat. begitu juga hidup saya yang tak menentu ini. Kadangkala saya di puncak teratas, terkadang saya menjunam ke bawah.
Namun yang membezakan antara saya, dengan manusia-manusia lain ialah kepercayaan saya pada diri saya bahawa saya akan bangkit semula menyusun dan mengatur langkah kemas menuju ke atas. Sekiranya saya jatuh semula kebawah, maka apa yang perlu saya lengkapi pada diri saya ialah rasa PERCAYA itu.
Saya bukan seorang wanita yang lemah. Awak pun tahu. Saya masih ingat waktu umur saya 17 tahun. Awak dah berada di Universiti Malaya mengambil jurusan Kejuruteraan. Awak kata pada saya, awak akan pulang dengan membawa segenggam skrol. Tanda bahawa awak sudah menakluk puncak kejayaan tangga pertama awak. Saya hanya tersenyum mendengarnya. Gembira? Sudah tentu wak.. Awak inspirasi hidup saya..
Sejak awak pergi dan tak pernah balik lagi ke kawasan kejiranan kita, saya pegang dan genggam kata-kata awak..
Saya.. tak pernah berperasaan begini. Hati saya berdebar dan begitu cepat degupannya bila berdepan dengan awak. Pandangan mata awak membuatkan saya tidak senang duduk setiap kali kita berbicara. Awak sungguh matang dalam kehidupan.. Membuatkan hati ini begitu mudah terpaut pada awak.. Dan nama awak saja lah yang bermain di fikiran, dan tertanam kuat di lubuk hati saya yang paling dalam..
Saya sangat gembira awak kata awak nak balik setelah 6 tahun awak menghabiskan masa di Universiti Malaya. Entah bagaimana rupa awak, saya tak tahu, namun saya menanti-nanti saat itu. Saya tak sabar lagi untuk berjumpa dengan awak, meluahkan segala-galanya..yang saya begitu Mencintai awak..
Walaupun saya berada jauh dari tempat awak sekarang, dan dari kampung kita, saya sentiasa mengikuti perkembangan awak.. dan hati saya masih kekal tertulis nama awak. Saya dapat surat daripada awak hari tu..
BALIK 3 HARI LAGI. KITA JUMPA DI RUMAH API -
Saya sungguh tak sabar! Saya sangat rindui awak… Saya tahu awak yang menulis surat tersebut. Saya tahu tulisan awak.. dan..bau awak pada nota ni.. Saya tak sabar menunggu.. Dan saya nak luahkan cukup-cukup..
SAYA MENCINTAI AWAK…
Tapi…
Saya tak sedar…
Saya tak sedar saya tiada lagi..
Saya tak sedar nyawa saya sudah ditarik dari badan..
Entah bila..
Entah bagaimana…
Dalam fikiran saya hanya ada awak..
Jadi saya selalu menulis surat untuk tatapan awak bila balik daripada Univerisiti nanti. Harap awak dapat sekurang-kurangnya sehelai surat.. Dan surat ini, surat terakhir saya pada awak..
Saya cuma ingin katakan: Saya mencintai awak…
Awak… Saya tunggu awak di sana nanti ya?
jUmpa lagi…
When flowers bloom
And sun rises..
Birds sing..
Rainbow colors your heart..
So please stop remember
Please stop the tears..
Please stop missing…
Please stop loving..
Please stop hoping..
Please..
Stop..
Everything..
Just go on with life you want..
Please continue having all the friends you have..
that support you all the way..
And forget everything..
That happen between us..
And May God give you strength
Forever in your heart..
Salam mama..
Selamat Hari Lahir yang ke 49. Seanjak setahun lagi umur mama, makin hari dyla berdoa moga-moga umur mama panjang kerana dyla takut kehilangan seorang insan yang paling dyla sayangi dan cintai di dunia ni.
Dyla bukan sesempurna anak. Ada je yang tersalah di sana sini. Kadang-kadang membuat mama menangis. Kadang-kadang membuat mama ketawa. Kadang-kadang membuat mama rasa bertuahnya dapat anak seperti Dyla.
Namun Dyla yakin, Dyla tak sempurna sebagai seorang anak.. Tak suka ke dapur, memang liat! dan kadang-kadang melawan cakap mama. Namun mama, sebenarnya dyla tak pernah berniat buat mama marah. Dyla paling sayang mama dalam hidup.
Mama dah lahirkan dyla, mama dah jaga dyla dan dyla besar menjadi sebaik-baik manusia, dengan cukup segala sifat. Mama meletakkan sepenuh kepercayaan pada Dyla. Tapi Dyla selalu juga memusnah kan kepercayaan mama. Menyesal.. Sakit dan terluka Dyla dengan sikap dan kebodohan sendiri..
Dyla berazam dan sentiasa memperbaiki diri. sebelum terlambat untuk dyla melakukannya buat bonda yang paling dicintai..
Mama…
Makin bertambah usia mama..
makin hati ini menyayangi mama
Menjaga mama dengan seluruh hidup
Berjanji untuk membuat mama bangga..
Mendapat anak seperti Dyla..
Dyla berjanji..
Hadiah dyla untuk bonda…
SELAMAT HARI LAHIR MAMA..
I LOVE YOU SO MUCH. NO ONE CAN TAKE THIS LOVE FROM ME. TILL IN HEAVEN..






